FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan urus niaga matawang merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan. Pergerakan pasar Forex bermula dari pasar New Zealand & Australia yang, terus ke pasar Asia iaitu Jepun Singapura & Hongkong, ke pasar Eropah iaitu Jerman sampai ke pasar Amerika..
Dalam perkembangan sejarahnya, bank Pusat milik negara-negara dengan cadangan mata wang asing yang terbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas. Menurut kajian BIS (Bank International for Settlement bank sentral dunia), yang dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari USD$1,4 Trilliun per hari. Dengan demikian, prospek untuk melabur di perdagangan forex adalah sangat bagus.
FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular keranaa ROI (Return On Investment ) serta profit yang akan di jana melebihi rata-rata perdagangan lain pada umumnya (biasanya rata-rata return berkisar lebih dari 5% – 10% per bulannya, bahkan boleh mencapai lebih dari 100% per bulannya untuk professional trader). Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga mempunyai resiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengurusan kewangan yang baik.
No comments:
Post a Comment